Roland Garros 2009 Finale

1. Roger Federer Menewaskan Robin Soderling Straiht Set, 6-1,7-6,6-4. Tak banyak yang boleh diharapkan apabila pemain kurang ternama bermain di final. Mungkin gugup ataupun teruja setelah limpahan pujian dihamburkan terhadap soderling setelah mara ke final. Hasilnya kurang memberansangkan. Tewas straight set.

2. Bagi persorangan wanita, Svetlana Kuznetsova menewaskan pilihan pertama kejohanan dan juga pemain nombor 1 dunia, Dinara Safina. Safina yang jelas kelihatan gugup pada petemuan final ini gagal mempamerkan aksi meyakin seterusnya tewas straight set. Kekalahan kali ini meneruskan rentetan siri kekalahan di pentas final akibat dari rasa gugup beliau.

Tinggalkan komen »

ROLAND GARROS 2009: Men’s Single, Semi Final

roland garros
1. Setelah berhempas pulas sehingga ke set ke-5, Roger Federer akhirnya menempah tiket ke final untuk bertemu dengan pemain kurang ternama dari Sweden, Robin Soderling. Federer, pilihan ke-2 kejohanan ketinggal 2-1 pada set ketiga bangkit dengan permainan bertenaga untuk menang 2 set berturut-turut. Dengan margin kesilapan yang rendah disebalik banyak kesilapan yang dilakukan oleh Del Potro, Federer mengambil kesempatan tersebut dengan variasi pukulan kilas kencang dan pukulan drop yang menarik bagi mengelirukan lawan.

2. Del Potro pilihan ke-5 kejohanan sebelum ini menempuhi laluan sukar berdepan dengan pemain tuan rumah nyata keletihan pada 2 set terakhir. Beliau banyak melakukan kesilapan mudah ketika saat- saat getir dengan bola kerap- kali tersekat dijaring nyata tidak dapat menandingi kebangkitan lewat Federer.

3. Keputusan Semi Final 1: Robin Soderling VS Fernando Gonzalez ( 6-3), (7-5),5-7, 4- 6,( 6- 4)

4. Keputusan Semi Final 2: Roger Federer VS Juan Martin del Potro 3-6, (7- 6), 2- 6, (6-1),( 6 -4)

5. Final : Roger Federer VS Robin Soderling

1. Setelah berhempas pulas sehingga ke set ke-5, Roger Federer akhirnya menempah tiket ke final untuk bertemu dengan pemain kurang ternama dari Sweden, Robin Soderling. Federer, pilihan ke-2 kejohanan ketinggal 2-1 pada set ketiga bangkit dengan permainan bertenaga untuk menang 2 set berturut-turut. Dengan margin kesilapan yang rendah disebalik banyak kesilapan yang dilakukan oleh Del Potro, Federer mengambil kesempatan tersebut dengan variasi pukulan kilas kencang dan pukulan drop yang menarik bagi mengelirukan lawan.

2. Del Potro pilihan ke-5 kejohanan sebelum ini menempuhi laluan sukar berdepan dengan pemain tuan rumah  nyata keletihan pada 2 set terakhir. Beliau banyak melakukan kesilapan mudah ketika saat- saat getir dengan bola kerap- kali tersekat dijaring nyata tidak dapat menandingi kebangkitan lewat Federer.

3. Keputusan Semi Final 1:    Robin Soderling      6 7 5 4    6
Fernando Gonzalez    3 5 7 6 4

4. Keputusan Semi Final 2:     Roger Federer          3 7 2 6 6
Juan Martin del Potro     6 6 6 1 4

5. Final : Roger Federer VS Robin Soderling

Roger…….robin

Tinggalkan komen »

Muktamar PAS ke-55, 2009

Muktamar PAS ke-55

1. Esok bakal berlangsungnya Muktamar PAS ke-55. Segala persoalan dalam media massa pro-kerajaan mahupun pembangkang akan terjawap selama berlangsungnya muktamar ini. Mungkin ramai tertunggu- tunggu calon- calon pilihan ramai di pilih untuk menerajui saf pimpinan baru parti ini.

2. Berkenaan desas- desus pertembungan antara saf ulama dan golongan profesional sedikit- sebanyak merancakkan lagi Muktamar kali ini.Sekiranya sebelum ini Parti Kesayanganku dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu membuktikan mereka bersedia melakukan transformasi dalam pimpinan, kali ini mungkin giliran untuk Parti PAS pula melakukan transformasi dalam pimpinan. Tetapi yang pastinya tiada peralihan kuasa dapat dilihat dalam pimpinan tertinggi Parti PAS ini kerana tiada calon yang berani mencabar kerusi Presiden PAS yang menjadi milik Tuan Guru Haji Hadi.

3. Jadi, persaingan antara golongan ulama dengan profesional mungkin hanya melibatkan kerusi Timb. Presiden dan kerusi Naib Presiden sahaja dimana kita bakal melihat Ustaz Pas seperti Ust. Nasharuddin Mat Isa akan bertanding dengan Mat Sabu dan Husam Musa bagi kerusi Timb. Pres, manakala Ust. Tuan Ibrahim dan Ust. Nik Mohd Amar akan bertembung dengan Dr. Mujahid Rawa, Salahudin Ayub dan juga Mahfuz Omar.

4. Dan yang paling menarik, bagi kerusi utama di Dewan Pemuda PAS, calon- calon bagi kerusi Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda diumumkan menang tanpa bertanding. Tiada calon yang mencabar mereka.

5. Berikut adalah senarai pencalonan kerusi-kerusi utama untuk Muktamar kali ini.

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato  Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
1. Husam Musa, YB Dato  Haji
2. Mohamad Sabu, Haji
3. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji Image

NAIB PRESIDEN
1. Mahfuz Omar, YB Dato’ Haji
2. Mujahid Yusof Rawa , YB Dr.
3. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato’ Ustaz
4. Salahuddin Ayub, YB
5. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato  Ustaz

Dewan Ulama PAS Pusat

KETUA
1. Harun Taib, YB Dato Ustaz Haji

TIMBALAN KETUA
1. Ahmad Yaakob, YB Dato’

NAIB KETUA
1. Mahfodz Mohamed, Dato Dr

Dewan Muslimat PAS Pusat

KETUA
1. Asiah Ali, Dr Ustazah
2. Nuridah Mohd Salleh, Ustazah

TIMBALAN KETUA
1. Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
2. Wan Hasrina Wan Hassan, Hajjah

NAIB KETUA
1. Mumtaz Md Nawi, YB.

Dewan Pemuda PAS Pusat

KETUA
1. Nasrudin Hassan, Ustaz

TIMBALAN KETUA
1. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz

NAIB KETUA
1. Ahmad Sabki Yusof

*yg dipotong adalah calon yang tewas

Tinggalkan komen »

Mangga atau Mempelam atau Pauh

1. Bila sebut pasal mempelam atau mangga, pasti ramai yang terliur akan keenakan rasa buahan tempatan ini. Untuk pengetahuan, bulan April hingga Julai adalah saat dan ketika buahan ini berbuah subur. Kalau ada sesiapa yang berkesempatan ke utara, destinasi yang terbaik untuk mencari buahan ini pastinya di negeri Perlis Indera Kayangan.

mango

Gambar 1:  Mangga (Mango)

2. Spesis yang sangat terkenal adalah dari jenis Harum Manis(Harumanis). Kata para penggemar, jenis harumanis adalah jenis yang terbaik dan sangat enak disamping berbaloi untuk menanamnya. Mana tidaknya, sebiji buah boleh mencecah berat sehingga 2KG! Sangat menarik untuk dinikmati sekiranya berada di Perlis.

3. Beberapa hari yang lalu, aku berkesempatan menikmati Pulut Mangga di Restoran Rak Thai yang terletak di Amcorp Mall. Sebelum ini pernah teringin untuk makan hidangan tersebut tetapi tidak berkesempatan. Kebetulan Cinta aku mengajak ke Restoran tersebut, jadi Cintaku pun memesan hidangan Pulut Mangga.

pulut mangga

Gambar 2: Pulut mangga

4. Kenikmatannya  tak terkata. Pulut Mangga ini dihidangkan beserta dengan sedikit santan disamping pulut dan mangga. Rasanya lemak- lemak berkrim. Pasti disukai ramai. Sangat nikmat sambil tidak memperdulikan menu utama. Bagi yang berkesempatan ke Amcorp Mall, jangan lupa untuk menikmati hidangan Pulut Mangga disamping makanan- makanan thai yang lain.

5. Terima kasih Cinta!

Komen (1) »

Stadium Sultan Mizan Runtuh!

1. Apa sudah jadi? Stadium Sultan Mizan telah dilaporkan runtuh awal pagi ini (Selasa,2 Jun 2009).

2. Stadium yang boleh memuatkan sehingga 50,000 penonton ini merupakan Stadium Utama bagi perlawanan bolasepak liga super yang melibatkan pasukan Terengganu. Stadium ini bina pada tahun 2006 dan siap pada Jun 2008 dengan menelan belanja RM 270 juta.

3. Dan setelah setahun siap dibina, stadium ini telah runtuh! Ini perkara yang amat tidak masuk akal bagi pembinaan sebuah stadium yang menelan belanja beratus-ratus juta ringgit. Kepada siapa kita perlu menunding jari.

4. Sekiranya diamati selaku seorang yang mempunyai ilmu kejuruteraan, runtuhan struktur stadium ini hanya melibatkan bahagian- bahagian tertentu sahaja. Terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat dari apa yang berlaku ini antaranya ialah, struktur- struktur sokongan yang lemah telah menyebabkan bahagian bumbung itu runtuh. Mungkin juga disebabkan penggunaan bahan binaan yang kurang berkualiti menyebabkan struktur ini runtuh.

5. Sekiranya punca- punca yang aku nyatakan tadi mungkin ada kebenaran. Bagaimanana pihak JKR boleh meluluskan setiap fasa- fasa pembinaan stadium ini. Dan juga, bagaimana CF dapat dikeluarkan walaupun keselamatan tidak langsung terjamin bagi penggunaan stadium ini. Inilah yang menjadi persoalan diminda dan mengharapkan perkara ini menjadi iktibar bagi organisasi yang berkaitan agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan. Tidak boleh sesekali memikirkan keuntungan semata- mata kerana nyawa orang- orang yang terlibat bergantung kepada kejujuran anda semua.

Gambar 1: Runtuhan bumbung dan tempat duduk

Gambar 1 : Runtuhan dilihat dari dekat

Gambar 2: Runtuhan kelihatan lebih jelas. 15% struktur stadium telah runtuh.

Gambar 2: 20% dari struktur stadium yang runtuh

Gambar 3: Rupa bentuk asal stadium

Gambar 3 : Sebelum runtuh

Tinggalkan komen »

Pilihanraya Kecil DUN Penanti

1. Tahniah bagi calon yang berjaya memenangi PRK DUN Penanti.
2. Ada pihak berbangga dengan kemenangan ini, ada jugak pihak tersenyum sinis.
3. Bilangan keluar mengundi paling teruk dalm sejarah.
4. Mungkin faktor dominasi PKR dalam PRK ini menyebabkan pengundi kurang bernafsu untuk keluar mengundi.
5. Mungkin juga kerana parti kesayangan tidak bertanding pada PRK ini antara faktor bilangan keluar mengundi yang rendah.
6. Mungkin itu hanya persoalan. Anda sahaja yang mempunyai jawapan.

Tinggalkan komen »

Setelah Sekian Lama

1. Tajuk post ini mungkin amat bersesuaian dengan blog aku sekarang. Setelah sekian lama tidak menghantar post baru berdasarkan post sebelum ini, mungkin aku perlu mencari satu identiti baru untuk menggambarkan perubahan persekitaran dalam hidup aku.

2. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh aku bertapa selama 1 tahun 6 bulan. Ditanggal 1 jun ini bolehlah kiranya aku harapkan sesuatu perubahan dalam penulisan di blog aku ini. Haha.. Harapannya begitulah.

3. Selamat Maju Jaya untuk blog aku ini!

Tinggalkan komen »

Salam Maal Hijrah 1429…

Alhamdulillah…kini kita berada di tahun baru.Tahun baru Islam. Dan sebagai umat Islam kita di galakkan untuk membetulkan niat dan juga matlamat kita agar lebih cemerlang di tahun baru ini.

Marilah kita sama- sama berhijrah dari yang buruk kepada yang baik,mahupun dari yang baik kepada yang lebih baik.
Kita bukanlah insan yang sempurna dimuka bumi ini. Perlulah kita ingat bahawasanya hidup ini perlu bergantung kepada yang Maha Esa. Kita hanyalah makhluk dan hamba-Nya yang hina.

Bagi mereka yang pernah melakukan apa-apa keburukan bertaubatlah dan ingatlah, anda tidak selalunya berada diatas.Dan bagi sesiapa yang pernah hatinya disakiti atau dikhianati, maafkanlah orang yang melakukannya termasuklah diri ini yang tidak lari dari melakukan kesilapan.Maafkanlah mereka. Janganlah anda dilingkari sifat- sifat ego dan hipokrit kerana anda hanyalah makhluk dan hamba yang hina.

Tidak ada apa yang dapat dibanggakan didunia ini melainkan amalan-amalan anda untuk meniti jalan di akhirat nanti. Ingatan ini ditujukan khas kepada teman- teman dan juga keatas diri ini.

Dan Untuk teman-teman, diharapkan persahabatn kita semua akan berkekalan dan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.

Ingatlah, rakanmu ini akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.Bittaufiq Wannajah…
Salam Maal Hijrah 1429.

Tinggalkan komen »

oooh 22!

salam aidiladha….kiranya belum terlambat utk mengucapkannya…hehe

agak susah untuk aku mencari waktu- waktu kosong ketika ini untuk menulis…maklumlah…dah hujung tahun… agak sibuk untuk menyiapkan kerja- kerja yang perlu aku bereskan…termasuklah hal- hal peribadi yang tak pernah aku jumpa titik akhirnya…mungkin titik akhirnya adalah pada perkataan MATI..

Baca baki entri ini »

Komen (2) »

Akhirnya….

Tahniah kepada diri sendiri….. Mungkin aku perlu untuk mengucapkan tahniah dahulu keatas diri aku dengan kejayaan yang diperolehi…

Baca baki entri ini »

Komen (3) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.