Stadium Sultan Mizan Runtuh!

1. Apa sudah jadi? Stadium Sultan Mizan telah dilaporkan runtuh awal pagi ini (Selasa,2 Jun 2009).

2. Stadium yang boleh memuatkan sehingga 50,000 penonton ini merupakan Stadium Utama bagi perlawanan bolasepak liga super yang melibatkan pasukan Terengganu. Stadium ini bina pada tahun 2006 dan siap pada Jun 2008 dengan menelan belanja RM 270 juta.

3. Dan setelah setahun siap dibina, stadium ini telah runtuh! Ini perkara yang amat tidak masuk akal bagi pembinaan sebuah stadium yang menelan belanja beratus-ratus juta ringgit. Kepada siapa kita perlu menunding jari.

4. Sekiranya diamati selaku seorang yang mempunyai ilmu kejuruteraan, runtuhan struktur stadium ini hanya melibatkan bahagian- bahagian tertentu sahaja. Terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat dari apa yang berlaku ini antaranya ialah, struktur- struktur sokongan yang lemah telah menyebabkan bahagian bumbung itu runtuh. Mungkin juga disebabkan penggunaan bahan binaan yang kurang berkualiti menyebabkan struktur ini runtuh.

5. Sekiranya punca- punca yang aku nyatakan tadi mungkin ada kebenaran. Bagaimanana pihak JKR boleh meluluskan setiap fasa- fasa pembinaan stadium ini. Dan juga, bagaimana CF dapat dikeluarkan walaupun keselamatan tidak langsung terjamin bagi penggunaan stadium ini. Inilah yang menjadi persoalan diminda dan mengharapkan perkara ini menjadi iktibar bagi organisasi yang berkaitan agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan. Tidak boleh sesekali memikirkan keuntungan semata- mata kerana nyawa orang- orang yang terlibat bergantung kepada kejujuran anda semua.

Gambar 1: Runtuhan bumbung dan tempat duduk

Gambar 1 : Runtuhan dilihat dari dekat

Gambar 2: Runtuhan kelihatan lebih jelas. 15% struktur stadium telah runtuh.

Gambar 2: 20% dari struktur stadium yang runtuh

Gambar 3: Rupa bentuk asal stadium

Gambar 3 : Sebelum runtuh

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.