1. Bila sebut pasal mempelam atau mangga, pasti ramai yang terliur akan keenakan rasa buahan tempatan ini. Untuk pengetahuan, bulan April hingga Julai adalah saat dan ketika buahan ini berbuah subur. Kalau ada sesiapa yang berkesempatan ke utara, destinasi yang terbaik untuk mencari buahan ini pastinya di negeri Perlis Indera Kayangan.

Gambar 1: Mangga (Mango)
2. Spesis yang sangat terkenal adalah dari jenis Harum Manis(Harumanis). Kata para penggemar, jenis harumanis adalah jenis yang terbaik dan sangat enak disamping berbaloi untuk menanamnya. Mana tidaknya, sebiji buah boleh mencecah berat sehingga 2KG! Sangat menarik untuk dinikmati sekiranya berada di Perlis.
3. Beberapa hari yang lalu, aku berkesempatan menikmati Pulut Mangga di Restoran Rak Thai yang terletak di Amcorp Mall. Sebelum ini pernah teringin untuk makan hidangan tersebut tetapi tidak berkesempatan. Kebetulan Cinta aku mengajak ke Restoran tersebut, jadi Cintaku pun memesan hidangan Pulut Mangga.
Gambar 2: Pulut mangga
4. Kenikmatannya tak terkata. Pulut Mangga ini dihidangkan beserta dengan sedikit santan disamping pulut dan mangga. Rasanya lemak- lemak berkrim. Pasti disukai ramai. Sangat nikmat sambil tidak memperdulikan menu utama. Bagi yang berkesempatan ke Amcorp Mall, jangan lupa untuk menikmati hidangan Pulut Mangga disamping makanan- makanan thai yang lain.
5. Terima kasih Cinta!

cinta ke... berkata,
Jun 3, 2009 @ 10:48 pm
pembetulan! sape yg oder eh?! erm ye ke x mmperdulikan hidangan yg lain??