Muktamar PAS ke-55, 2009

Muktamar PAS ke-55

1. Esok bakal berlangsungnya Muktamar PAS ke-55. Segala persoalan dalam media massa pro-kerajaan mahupun pembangkang akan terjawap selama berlangsungnya muktamar ini. Mungkin ramai tertunggu- tunggu calon- calon pilihan ramai di pilih untuk menerajui saf pimpinan baru parti ini.

2. Berkenaan desas- desus pertembungan antara saf ulama dan golongan profesional sedikit- sebanyak merancakkan lagi Muktamar kali ini.Sekiranya sebelum ini Parti Kesayanganku dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu membuktikan mereka bersedia melakukan transformasi dalam pimpinan, kali ini mungkin giliran untuk Parti PAS pula melakukan transformasi dalam pimpinan. Tetapi yang pastinya tiada peralihan kuasa dapat dilihat dalam pimpinan tertinggi Parti PAS ini kerana tiada calon yang berani mencabar kerusi Presiden PAS yang menjadi milik Tuan Guru Haji Hadi.

3. Jadi, persaingan antara golongan ulama dengan profesional mungkin hanya melibatkan kerusi Timb. Presiden dan kerusi Naib Presiden sahaja dimana kita bakal melihat Ustaz Pas seperti Ust. Nasharuddin Mat Isa akan bertanding dengan Mat Sabu dan Husam Musa bagi kerusi Timb. Pres, manakala Ust. Tuan Ibrahim dan Ust. Nik Mohd Amar akan bertembung dengan Dr. Mujahid Rawa, Salahudin Ayub dan juga Mahfuz Omar.

4. Dan yang paling menarik, bagi kerusi utama di Dewan Pemuda PAS, calon- calon bagi kerusi Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda diumumkan menang tanpa bertanding. Tiada calon yang mencabar mereka.

5. Berikut adalah senarai pencalonan kerusi-kerusi utama untuk Muktamar kali ini.

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato  Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
1. Husam Musa, YB Dato  Haji
2. Mohamad Sabu, Haji
3. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji Image

NAIB PRESIDEN
1. Mahfuz Omar, YB Dato’ Haji
2. Mujahid Yusof Rawa , YB Dr.
3. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato’ Ustaz
4. Salahuddin Ayub, YB
5. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato  Ustaz

Dewan Ulama PAS Pusat

KETUA
1. Harun Taib, YB Dato Ustaz Haji

TIMBALAN KETUA
1. Ahmad Yaakob, YB Dato’

NAIB KETUA
1. Mahfodz Mohamed, Dato Dr

Dewan Muslimat PAS Pusat

KETUA
1. Asiah Ali, Dr Ustazah
2. Nuridah Mohd Salleh, Ustazah

TIMBALAN KETUA
1. Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
2. Wan Hasrina Wan Hassan, Hajjah

NAIB KETUA
1. Mumtaz Md Nawi, YB.

Dewan Pemuda PAS Pusat

KETUA
1. Nasrudin Hassan, Ustaz

TIMBALAN KETUA
1. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz

NAIB KETUA
1. Ahmad Sabki Yusof

*yg dipotong adalah calon yang tewas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.